Thursday, January 28, 2010

PENDAFTARAN BENGKEL ASAS TEATER KANAK-KANAK

Bengkel Asas Teater Kanak-kanak
Berikan ruang untuk anak-anak berkreatif di ruang yang kami sediakan. Bengkel asas teater ini akan cuba menglahirkan bakat, mencungkli bakat dan menyerlahkan bakat kanak-kanak dalam bidang teater yang merangkumi seni lakon, seni tari, seni suara, seni muzik dan seni visual. Pengabungjalinan / kesepaduan ini akan memberi satu pendedahan awal untuk kanak-kanak meneroka di dalam bidang kesenian. Penyertaan bengkel ini merupakan ujibakat untuk melayakkan kanak-kanak untuk menyertai pementasan teater kanak-kanak "POHON BERPINTAL"

Yuran pendaftaran : RM30.00 sahaja

Tarikh : 30 Januari 2010

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tenghari

Tempat : Laman Budaya, Galeri  Shah Alam
Had umur : 5 tahun - 15 tahun

* Sijil penyertaan akan diberikan pada akhir bengkel untuk ko korikulum di sekolah.

tarikh bengkel : setiap hari Ahad 
7, 14, 21 dan 28.02.2010
9.00 pagi - 12.00 tengahari


maklumat lanjut hubungi : azi - 010-3646062



Saturday, January 23, 2010

BUKU CERITA / CHILDREN BOOK

ENDAHSENI ENT. 
keluaran terbaru buku cerita kanak-kanak

1. SUSUN BATU     - karya azizah hussain

2. GONGGOK       - karya sani ismail

3. POHON BERPINTAL - karya sani ismail

4. GUMPAL-GUMPAL - karya abdul hakeem

5. KATAK - karya azizah hussain

6. BIRI-BIRI - karya nurarifah fatema

POHON BERPINTAL

TEATER KANAK-KANAK : POHON BERPINTAL
KARYA : SANI ISMAIL
ARAHAN : AZIZAH HUSSAIN

     Teater  ini merupakan adaptasi  dari buku cerita kanak-kanak karya Sani Ismail. Karya pohon berpintal ini mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri maka tercetuslah i idea untuk menonjolkan sebuah persembahan teater yang mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri juga.

     Eksperimental teater akan digarapkan dalam persembahan teater kanak-kanak ini. Bentuk teater seperti ini sering diguna pakai oleh teater remaja/dewasa. Tindakan mencuba eksperimental teater untuk kanak-kanak ini memberi ruang  untuk menjana idea, kepelbagaian dan identiti untuk Kumpulan Anak-anak Peduli Seni  berdiri dengan sendirinya.  Namun, sokongan dan pandangan diperlukan dengan memberi seribu motivasi untuk sentuhan kreatif teater ini.


SINOPSIS CERITA
Cerita ini mengisahkan sebatang pohon cantik mengimbau kembali tentang perjalanan hidupnya hingga menjadi pohon berpintal. Akibat kerakusan manusia yang mementingkan diri dan tidak menyedari kepentingan hidupan lain di bumi ini, pohon cantik menjadi mangsa kepupusan. Pohon cantik lari membawa diri dan hidup tinggi. Dalam perjalanan pohon cantik membawa diri, ianya membawa satu perjalanan kehidupan yang penuh bermakna dan fantasi.


 WATAK UTAMA
* Pohon Cantik / Pohon Berpintal
* Awan
* Biji Benih
* Dahan
* Akar
* Bunga
* Daun
* Burung

WATAK SAMPINGAN
* Manusia
* Margasatua



Friday, January 22, 2010

BENGKEL TEATER KANAK-KANAK

Nantikan kemunculan kami pada 2010 / 2011
KUMPULAN ANAK-ANAK PEDULI SENI

PENDAFTARAN  BENGKEL TEATER KANAK-KANAK
TARIKH : 30 JANUARI 2010
MASA    : 9.00 PAGI - 12 TENGAHARI.


YURAN PENDAFTARAN : RM30.00


PENYERTAAN TERHAD.
UJIBAKAT AKAN DIBUAT SEWAKTU BENGKEL DIJALANKAN.